PKNS, Samsung Malaysia meterai MoU kukuhkan nilai tambah pembeli rumah PKNS | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PKNS, Samsung Malaysia meterai MoU kukuhkan nilai tambah pembeli rumah PKNS

Ketua Pegawai Eksekutif, PKNS Dato' Mahmud Abbas dan Presiden Samsung Malaysia Electronics Denny Kim bertukar dokumen perjanjian di Shah Alam pada 23 Mac 2023. - Gambar PKNS
Oleh Mohamad Iman

SHAH ALAM 23 Mac – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Samsung Malaysia Electronics menjalinkan kerjasama dengan menawarkan teknologi dan perkhidmatan yang terbaik dalam pasaran kepada rakyat Malaysia.

 

Kerjasama ini dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di ibu pejabat PKNS di Shah Alam hari ini.

 

Samsung Malaysia merupakan jenama terkenal bagi peralatan rumah, elektronik serta keperluan rumah yang berkualiti tinggi, dan melalui kerjasama antara PKNS dan Samsung Malaysia ini akan membolehkan pembeli rumah mendapatkan produk-produk ini pada harga diskaun dengan mencipta sendiri pengalaman menggunakan produk yang mampan dengan teknologi yang cekap dan pintar.

 

Ini memberikan manfaat bagi pembeli yang ingin rumah baharu mereka dilengkapi dengan keperluan yang moden dan boleh dipercayai.

 

Dengan termeterainya perjanjian ini, ia mencatatkan satu lagi peristiwa penting kepada kedua-dua pihak di mana ia menjadi landasan kepada jalinan kerjasama dan inovasi di masa hadapan di antara PKNS dan Samsung Malaysia.

 

Kerjasama ini menjadikan PKNS berbeza dengan pesaing industri dalam pasaran, di mana PKNS menawarkan pembeli rumah pakej lengkap yang merangkumi bukan sahaja rumah yang selesa dan moden, tetapi juga memperolehi tawaran harga diskaun untuk pembelian kelengkapan rumah yang membolehkan pembeli menikmati kehidupan yang lebih mudah dan menyenangkan.


 

pkns
Dato' Mahmud Abbas dan Denny Kim menandatangani dokumen memorandum persefahaman di ibu pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Mac 2023.


 

"Kami percaya melalui usaha sama ini, PKNS dan Samsung Malaysia akan dapat memanfaatkan produk masing-masing untuk kebaikan pelanggan dan pihak berkepentingan, ulas Dato’ Mahmud mengenai usaha sama ini.

 

“Harga istimewa ini menawarkan pembeli rumah kami produk terbaik dalam kelasnya tersendiri yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada kediaman mereka malah memberikan kemudahan dan keselesaan kepada mereka. Saya pasti ramai pembeli rumah PKNS akan teruja dengan kerjasama baharu dengan Samsung Malaysia ini”, tambahnya.

 

Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato' Mahmud bin Abbas. Manakala, Samsung Malaysia Electronics diwakili oleh Presidennya, Encik Denny Kim.

 

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Encik Denny Kim berkata kerjasama strategik ini telah menunjukkan impak berkesan dengan gabungan dua organisasi terkemuka melalui tawaran terbaik kepada isi rumah di Malaysia.

 

“Kejayaan yang kami capai secara kolektif telah mendorong Samsung untuk bergerak lebih jauh dan mengamanahkan rakan kongsi utama kami, PKNS untuk meningkatkan nilai pelanggan di samping menyediakan perumahan pintar,” kata beliau.

 

Kolaborasi strategik ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak menganjurkan pelbagai program bersama antaranya aktiviti pemasaran untuk memasarkan produk hartanah PKNS serta memperkenalkan produk baharu Samsung. – DagangNews.com