Pelaksanaan projek solar Samaiden di Sekolah Tinggi Tsun Jin tawar 40% penjimatan elektrik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pelaksanaan projek solar Samaiden di Sekolah Tinggi Tsun Jin tawar 40% penjimatan elektrik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Nov - Pelaksanaan projek solar fotovoltaik (PV) oleh Samaiden Group Bhd di Sekolah Tinggi Tsun Jin memberi manfaat penjimatan kos yang besar, dengan pengurangan lebih daripada 40% dalam perbelanjaan tenaga bulanannya. 

 

Ia merupakan satu langkah penting ke arah pembangunan mampan, penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan itu melibatkan pemasangan sistem solar PV dengan kapasiti 637.65kWp.


 
Menerusi pemasangan solar itu, dianggarkan dapat mengelakkan kira-kira 453 tan pelepasan CO2 setahun, memainkan peranan penting dalam memerangi perubahan iklim. 

 

Inisiatif itu bukan sahaja menekankan dedikasi Samaiden terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga mencerminkan komitmen kumpulan untuk menyokong institusi pendidikan melalui amalan mampan.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee berkata, inisiatif itu sejajar dengan misi untuk mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dan visi untuk memperkasakan komuniti.  

 

"Dengan mengurangkan pelepasan karbon dan kos tenaga, kami menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan, sambil turut membantu sektor pendidikan dalam perjalanannya ke arah amalan yang lebih hijau," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Terdahulu, Samaiden melancarkan majlis pecah tanah projek solar PV di Sekolah Tinggi Tsun Jin di sini.

 

 

samaiden
Chow Pui Hee

 

 

Projek solar di Sekolah Tinggi Tsun Jin adalah bukti pendekatan inovatif Samaiden dalam memanfaatkan tenaga solar untuk kebaikan sosial. Ia menyerlahkan potensi rumusan tenaga boleh diperbaharui dalam mengubah landskap pendidikan dan menetapkan penanda aras untuk inisiatif serupa pada masa hadapan.

 

 

samaiden

 

 

Samaiden kekal komitedmemacu kemampanan alam sekitar dan tanggungjawab sosial merentasi pelbagai sektor, dengan projek solar ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha CSR kumpulan. - DagangNews.com