KUALA LUMPUR 3 Julai - KFC mengumumkan penganjuran 'Kentucky Town' di Malaysia, menandakan jubli emasnya di negara ini yang mana menjanjikan peminat dan pengikut peluang luar biasa untuk melibatkan diri dengan jenama ikonik itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Berlangsung di Sunway Pyramid, Kentucky Town akan diadakan selama tujuh hari dari 4 Julai 2023 hingga 10 Julai 2023, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Premnath Unnikrishnan berkata, KFC adalah jenama yang ditenun ke dalam fabrik Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripadanya selama lima dekad.
"Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan dari generasi ke generasi kerana membenarkan kami mewarnai kehidupan mereka, itulah sebabnya kami mahu meraikan ulang tahun istimewa ini bersama mereka," katanya dalam kenyataan media di sini.
Dalam acara itu, KFC turut menjalin kerjasama dengan jenama pakaian jalanan tempatan, Pestle and Mortar, bersama artis komik yang disegani Ujang, untuk menawarkan barangan eksklusif memperingati tahun ke-50 KFC di Malaysia.
Unnikrishnan berkata, kedua-dua jenama melambangkan semangat Malaysia dengan cara mereka yang unik dari semua lapisan masyarakat dan generasi.
"Gaya tersendiri Pestle dan Mortar digabungkan dengan karya seni ikonik Ujang menghasilkan barangan yang bukan sahaja mencerminkan trend semasa tetapi juga mempamerkan identiti Malaysia.

"Koleksi 'streetwear' bukan sahaja menarik secara visual tetapi juga selesa, menjadikannya lebih daripada sekadar barang koleksi," katanya.
Dalam pada itu, KFC turut menawarkan peluang eksklusif kepada pengunjung untuk menikmati hidangan masa terhad yang belum pernah ada di Malaysia.
Hidangan lazat seperti 'ghost pepper drumettes', 'Korean cheesy paper wrap', 'Zinger fire ice cream', dan wafel bersama Kit Kat antara sebahagian yang akan menggoda selera dan meninggalkan kesan berkekalan kepada pengunjung.
Sejak penubuhannya pada 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KFC telah berkembang menjadi rangkaian di seluruh negara dengan pembukaan sebanyak 770 restoran.
Orang ramai boleh terus mengetahui perkembangan terkini melalui laman Facebook dan Instagram KFC Malaysia, serta laman web https://kentuckytown.kfc.com.my/#home. - DagangNews.com








