KUALA LUMPUR 23 Mac - KFC Malaysia memperkenalkan menu KFC Ayam Percik baharu sempena ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
KFC Ayam Percik baharu menawarkan kelainan kontemporari KFC kepada juadah klasik Malaysia iaitu ayam percik sebagai salah satu sajian enak tempatan yang selalu diidamkan pada bulan mulia ini.
Campuran herba dan rempah ratus aromatik Melayu seperti serai, halia, lengkuas, dan kunyit menyelaputi ayam Hot & Spicy 'signaturenya'.
Pelanggan boleh merasai cetusan rasa asli percik berasap dengan ‘kick’ pedas dalam setiap gigitan rangup.
Lebih menyelerakan, KFC Ayam Percik dihidangkan bersama Nasi Colonel empuk yang pasti memuaskan rasa lapar anda.
Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya, KFC melancarkan sajian khas baharu yang menggamit nostalgia dengan ayam percik interpretasi tersendiri.

Beliau berkata, ia diharap membawakan kegembiraan dan kenikmatan dalam suasana berbuka puasa dan sambutan raya bersama keluarga dan rakan.
"Sajian ini tersedia sementara stok masih ada, jadi untuk mengelakkan kekecewaan, kami nasihatkan anda untuk tidak menangguh dalam membuat pesanan. Pesan atas talian untuk Penghantaran atau Self Collect di mana anda boleh memilih tarikh dan waktu yang sesuai, dan prapesan lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KFC Ayam Percik boleh didapati bermula esok sementara stok masih ada bermula RM16.49 dengan Kombo 2-ketul di restoran KFC seluruh negara.
KFC Bucket Kongsi dalam set 5-ketul, 9-ketul, atau 15-ketul boleh didapati bermula 12 April 2022 bersama hidangan sampingan yang diinspirasikan daripada pencuci mulut tempatan, bersesuaian dinikmati bersama ketika berbuka puasa dan menyambut Hari Raya. - DagangNews.com








