Kerajaan setuju pertimbang cadangan pengecualian cukai industri agromakanan - PM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan setuju pertimbang cadangan pengecualian cukai industri agromakanan - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jun - Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan pengurangan atau pengecualian cukai terhadap industri agromakanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Bagaimanapun katanya, Kementerian Kewangan akan memberikan perincian lanjut berhubung cadangan tersebut.

 

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di peringkat negeri.

 

Ismail Sabri berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi mengkaji dan mencadangkan mekanisme penyeragaman kos caj dan fi yang dikenakan bagi pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

 

"Ini disebabkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati kos caj dan fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi pusat sehenti dan agensi berkaitan di seluruh negara adalah berbeza," katanya.

 

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan. 

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

pm

 

 

Katanya, penyeragaman kos caj dan fi itu akan menggalakkan pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar. - DagangNews.com