GB Gold Malaysia terima pensijilan patuh syariah perniagaan produk emas | DagangNews Skip to main content

GB Gold Malaysia terima pensijilan patuh syariah perniagaan produk emas

Shahfizzam Moideen (dua, kanan) bersalaman dengan Dr Zaharuddin Abd Rahman (dua, kiri) pada Majlis Pengiktirafan dan Penyerahan Sijil Patuh Syariah GB Gold Malaysia di Damansara pada 3 Mac 2024. Turut kelihatan, Mohd Afiq Ahmad (kiri) dan Norhana Osman (kanan).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Usaha Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) memartabat nilai syariat dan integriti dalam perniagaan produk emas membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan sijil patuh syariah daripada Elzar Shariah Solutions & Advisory.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Shahfizzam Moideen berkata, pengiktirafan tersebut begitu bermakna kepada pihaknya dalam memperluas jalinan perniagaan dan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan pelanggan terutama yang beragama Islam.

 

Beliau berkata, ia secara tidak langsung membuktikan pihaknya sentiasa berdiri teguh di belakang prinsip-prinsip kepatuhan syariah dalam setiap aspek perniagaan.

 

Katanya, setiap langkah dalam rantaian nilai ditapis dengan teliti bagi memastikan keselariannya dengan pematuhan syariah Islam.

 

"Cabarannya adalah daripada segi patuh syariah, bagaimana mahu memastikan setiap pelanggan dapat membeli emas yang sah. Dalam keadaan mengejar jualan, kita fikir boleh melanggar segala peraturan, sebaliknya tidak.

 

"Sebaiknya apabila ada penasihat syariah, kami mengikuti syarat-syaratnya. Saya harap pihak di luar sana lebih yakin dan percaya dengan saya dan syarikat ini untuk membeli atau melabur emas pada masa sama," katanya.

 

Beliau kepada demikian kepada pemberita pada Majlis Pengiktirafan dan Penyerahan Sijil Patuh Syariah GB Gold Malaysia di sini hari ini.

 

 

GB Gold
Dr Zaharuddin Abd Rahman (dua, kiri) menandatangani sijil patuh syariah kepada GB Gold Malaysia sambil disaksikan Shahfizzam Moideen (dua, kanan), Mohd Afiq Ahmad (kiri) dan Norhana Osman (kanan).

 

 

Turut hadir Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr Zaharuddin Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif SAF Precious Metal Bhd, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besar GB Gold Malaysia, Norhana Osman.

 

Sementara itu, Shahfizzam berkata, syarikat menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta produk emas menjelang hujung tahun ini.

 

 

GB Gold
Shahfizzam Moideen ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan dan Penyerahan Sijil Patuh Syariah GB Gold Malaysia di Damansara pada 3 Mac 2024.

 

 

Beliau berkata, pihaknya telah mencapai lebih 10% jualan berdasarkan sambutan daripada pembeli produk emas dengan reka bentuk terkini dan eksklusif.

 

Katanya, setakat ini mereka mempunyai lebih 1,000 ejen dan menyasarkan sebanyak 10,000 ejen menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

 

 

GB Gold
GB Gold meraih jualan hampir RM500,000 dalam tempoh beberapa jam menerusi siaran langsung di platform TikTok.

 

 

 

 

"Kami membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan bersama GB Gold dan sistem kami adalah patuh syariah. Buat masa ini, kami juga sedang mengikuti sebuah kempen di platform TikTok dan syukur alhamdulillah dalam tempoh beberapa jam sahaja, kami pernah membuat jualan hampir RM500,000," katanya.

 

 

GB Gold

 

 

GB Gold

 

 

GB Gold
Premis GB Gold di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

 

 

Tambahnya, selain TikTok, pihaknya menjalankan perniagaan dalam talian menerusi laman web gbgold.my atau secara fizikal di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. - DagangNews.com