Cafe Chef Wan tawar karipap premium berharga 60 sen sempena Hari Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Cafe Chef Wan tawar karipap premium berharga 60 sen sempena Hari Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Karipap premium yang dibakar dalam ketuhar Cafe Chef Wan yang berharga RM6.90 kini boleh didapati dengan harga hanya 60 sen sebiji untuk tempoh masa terhad sempena sambutan Hari Malaysia ke-60.

 

Karipap ayam Cafe Chef Wan berbeza dan lebih menarik daripada versi goreng tradisional kerana ia dibakar dengan sempurna, teknik yang bukan sahaja menjadikannya kurang berminyak dan sihat tetapi juga menyerlahkan rasa aromatik yang kaya dengan kari kentang yang dipotong dadu dan isi ayam lembut.

 

Chef selebriti antarabangsa, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan berkata, sambutan Hari Malaysia ke-60 bukan sekadar tarikh dalam kalendar.

 

Katanya, ia adalah satu penghormatan kepada perpaduan negara dan cara lebih baik untuk menghormati pencapaian negara dengan menawarkan juadah yang dekat di hati semua rakyat.

 

"Oleh itu, Karipap Ayam bakar khas kami yang dibakar dalam ketuhar, mewakili jiwa Malaysia yang pelbagai, bersatu dan penuh rasa. 

 

"Kami telah menggabungkan kebijaksanaan tradisional dengan teknik masakan profesional kami untuk mencipta sesuatu yang istimewa. Pada dasarnya, ia bukan sekadar makanan, ia adalah cita rasa seperti di rumah bagi setiap rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

 

chefwan
Datuk Redzuawan Ismail

 

 

Menurut Chef Wan, kebiasaannya di Malaysia, karipap dijadikan hidangan snek ringkas atau hidangan sampingan yang menarik untuk dinikmati pada sebelah petang, atau bila-bila masa. 

 

"Berkerak dan rangup di luar dengan kari kentang yang sangat berperisa dan daging ayam lembut di bahagian dalam, karipap ini akan habis dimakan dengan cepat terutamanya apabila dihidangkan panas," katanya.

 

 

chefwan

 

 

Sementara itu, orang ramai boleh membeli hidangan itu secara eksklusif di semua cawangan Cafe Chef Wan.

 

Tawaran istimewa itu bermula pada 16 September ini dan dihidangkan hanya dari jam 3 petang hingga 6 petang. 

 

 

chefwan

 

 

chefwan

 

 

Bagi tetamu yang menjamu selera di restoran, setiap meja boleh memesan sehingga maksimum 6 Karipap Ayam Hari Malaysia bagi setiap resit.

 

Begitu juga bagi mereka yang memilih untuk bawa pulang, setiap individu boleh menempah sehingga 6 biji karipap. - DagangNews.com