Bosch kukuhkan kedudukan di Malaysia dengan pembukaan pusat jualan sehenti pertama di Damansara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bosch kukuhkan kedudukan di Malaysia dengan pembukaan pusat jualan sehenti pertama di Damansara

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 5 Mac - Pusat Pengalaman Utama Bosch yang pertama dibuka di Damansara Utama, dekat sini yang menandakan peristiwa penting buat pengeluar perkakasan rumah dari Jerman titu di Malaysia.

 

Berkeluasan 7,000 kaki persegi, premis yang terletak di sebuah banglo itu berfungsi sebagai pusat jualan sehenti segala produk perkakasan Bosch dan pada masa sama turut menawarkan pusat khidmat pelanggan.

 

Pusat ini menawarkan rangkaian lengkap peralatan rumah Bosch termasuk ketuhar siri 8 terbaru yang dipandu oleh automasi dengan kepintaran buatan, serta sudut Bosch Home Connect yang mempamerkan rumah pintar dengan peralatan yang boleh dikawal dengan telefon, tablet, suara dan peranti lain.

 

goh
Gary Te (dua dari kiri) bersama pengurusan Bosch dan selebriti, Goh Liu Ying pada majlis perasmian Pusat Pengalaman Bosch Malaysia di Damansara Utama.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bosch Home Appliances Malaysia, Gary Te berkata, strategi Terus-ke-Pengguna (D2C) telah lama diuji di banyak negara dan terbukti berjaya mendekatkan pengguna dengan produk Bosch.

 

"Dengan pembukaan ini, Bosch komited untuk mengembangkan lagi ke dalam isi rumah Malaysia,” katanya dalam kenyataan media sempena pembukan pusat tersebut.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klauss Landhaeusser berkata, setakat 31
Disember 2022, kumpulan Bosch mempunyai 4,200 syarikat bersekutu dan melabur sebanyak RM400 juta di Malaysia.

"Saya berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada rakan kongsi dan pelanggan,” katanya- DagangNews.com