Acara SCORE Marathon 2022 AIA Vitality kini kembali di Dataran Putrajaya pada 23 Oktober 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Acara SCORE Marathon 2022 AIA Vitality kini kembali di Dataran Putrajaya pada 23 Oktober 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Acara SCORE Marathon kini kembali ke kancah larian dengan penaja baharu, AIA Vitality yang akan berlangsung pada 23 Oktober 2022 di Dataran Putrajaya mulai 3 pagi. 

 

Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun, SCORE Marathon 2022 oleh AIA Vitality tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan ribuan pelari kembali ke garisan permulaan untuk pengalaman larian yang tiada tandingannya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management Sdn Bhd, Patricia Tan berkata, acara itu kembali selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19. 

 

"Kami gembira dapat menganjurkan acara yang semakin digemari pelari kami dari tahun ke tahun. Tiga tahun lalu, kami menjalankan perlumbaan dan menaklukinya. 

 

"Tetapi pada tahun 2020, semuanya berubah. Tersekat di rumah tanpa ke mana-mana, kami melihat ramai orang yang datang dengan idea kreatif tentang cara kekal cergas dan aktif secara fizikal. Tetapi kini, sudah tiba masanya untuk Menyambung Semula, Mengisi Semula, dan Merebut Semula Kegemilangan sekali lagi. 

 

"Dan kali ini, kami sangat teruja untuk mempunyai AIA Vitality bersama kami sebagai penaja,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Terbuka kepada peserta seawal usia 4 tahun, pelari dapat bertanding dalam lima kategori perlumbaan berbeza dari kumpulan umur yang berbeza, 5 kilometer (km), 10 km, 21 km, 42 km, dan jarak baharu sejauh 30 km. Meningkatkan tahap persaingan,  hadiah wang tunai sehingga RM16,800 disediakan untuk dimenangi dalam pelbagai kategori.

 

 

AIA

 

 

AIA

 

 

Syarikat juga boleh mendaftar pekerja mereka dan menikmati diskaun korporat sehingga 20% untuk yuran pendaftaran. Ini akan menjadi peluang kepada pekerja untuk mewakili syarikat mereka dan menakluki perlumbaan bersama-sama.

 

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Heng Zee Wang pula berkata, mereka sangat teruja untuk menjadi penaja pertama untuk SCORE Marathon yang popular.  

 

 

AIA

 

 

AIA

 

 

"Sebagai penaja, kami gembira dapat memainkan peranan dalam menghidupkan pengalaman ini supaya rakyat Malaysia akan terus mempunyai peluang untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif. 

 

 

AIA

 

 

AIA

 

 

"Kami sentiasa komited untuk mencari peluang baharu untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menerajui Kehidupan yang Lebih Sihat, Lebih Panjang dan Lebih Baik, dan saya percaya bersama SCORE Marathon kami akan mencapainya,” katanya.

 

Untuk mendaftar bagi menyertai acara SCORE Marathon 2022 oleh AIA Vitality, layari https://www.heyjom.com/events/36 atau muat turun aplikasi mudah alih Heyjom melalui App Store atau Play Store. - DagangNews.com