Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 23 Julai - Wabak COVID-19 terus 'menyerang' penduduk Malaysia dengan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 15,573 kes hari ini.
Jumlah yang dicatatkan itu sekali gus mengatasi rekod 13,215 kes yang dicatatkan pada 15 Julai baru-baru ini.

Menurut data harian COVID-19 yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi sebanyak 7,672.
Selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan kes harian melebihi 2,000 kes iaitu sebanyak 2,063.
Kedah turut mencatatkan peningkatan jumlah kes baharu sebanyak 937, menghampiri 1,000 kes.

Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372) dan Terengganu (229).
Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatatkan kes baharu di bawah 100 iaitu sebanyak 21, 41 dan 3 kes.
Dengan peningkatan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 980,491 berbanding 964,918 yang dicatatkan semalam. - DagangNews.com








