Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengenalan model baharu EV semakin berkembang, MIDF Research kekal positif dengan sektor automotif

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kerjasama Proton Holdings Bhd. (Proton) dengan smart Automobile Co. Ltd. (smart) dilihat akan berfungsi sebagai keluk pembelajaran buat syarikat automotif tempatan itu memandangkan segmen harga premium bukanlah pasaran semula jadi kepada Proton. 

Cadangan pelupusan anak syarikat Bumi Armada, MIDF semak turun anggaran pendapatan FY21

KUALA LUMPUR 20 Jan - MIDF Research menyemak turun semula anggaran pendapatan FY21 bagi Bumi Armada Bhd sebanyak 1.2% susulan rancangan kumpulan untuk menjual empat anak syarikatnya di luar negara dengan jumlah pertimbangan tunai

KPM siasat isu tular pelajar RMT hanya terima nasi dan kuah sebagai makanan

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu gambar nasi putih dan kuah didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tular di Facebook. 

 

Kecoh pasal Ketua SPRM, jangan sampai leka usaha memerangi rasuah

KUALA LUMPUR 20 Jan – Di sebalik serangan bertubi-tubi, ulasan jelik dan perbicaraan menerusi media terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, agensi penguatkuasaan utama bagi menentang rasuah hendaklah tidak lepa

Kakak ipar PM meninggal dunia

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kakak ipar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Siti Fatimah Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, malam tadi.

 

Perkara itu dikongsikan Ismail Sabri menerusi ciapan di laman Twitter beliau.

 

RFID: Kabinet putuskan beri pilihan kepada pengguna

PUTRAJAYA 20 Jan - Mesyuarat Kabinet memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.

 

MPay transformasi sistem pembayaran digital Majlis Bandaraya Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 20 Jan - ManagePay Systems Berhad (MPay) melalui anak syarikat milik penuhnya, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPSB) dianugerahkan projek menyediakan sistem pembayaran digital Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini.

 

Dasar Agrikomoditi negara bakal lahirkan pekebun kecil 'pintar' - PM

KUALA LUMPUR 19 Jan - Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 akan melahirkan pekebun kecil ‘pintar’ yang mengamalkan pertanian moden menerusi penggunaan teknologi serta meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam sektor industri hiliran Agrikomiditi.

 

Malaysia sudah lengkapkan proses RCEP, perjanjian berkuat kuasa 18 Mac ini - PM

KUALA LUMPUR 19 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia sudah melengkapkan proses Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan perjanjian itu akan berkuat kuasa pada 18 Mac 2022.

 

Texchem Resources cadang peroleh1.4 juta saham dalam Sushi King bernilai RM102.2 juta

KUALA LUMPUR 19 Jan - Texchem Resources Bhd. (TRB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sushi King Holdings Sdn. Bhd. memeterai perjanjian pemindahan saham (STA) dengan Asia Yoshinoya International Sdn. Bhd. (AYI) untuk memperoleh 1.4 juta saham biasa dalam Sushi King Sdn.

Zhulian catat hasil RM149.6 juta, susut 12% akibat gangguan ekonomi global

KUALA LUMPUR 19 Jan - Zhulian Corporation Bhd (Zhulian) merekodkan hasil sebanyak RM149.6 juta untuk tempoh 9 bulan berakhir 30 November 2021, penurunan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM170.7 juta.

 

Saham SCIB akhiri dagangan di kaunter paling aktif, ditutup 31.7% lebih tinggi

KUALA LUMPUR 19 Jan - Saham Sarawak Consolidated Industries Bhd. (SCIB) rancak diniagakan sepanjang hari ini dengan berada antara kedudukan teratas dalam kalangan kaunter paling aktif di Bursa Malaysia.

 

Malaysia Airlines berada dalam kedudukan positif

KUALA LUMPUR 19 Jan - Malaysia Airlines Berhad berada dalam kedudukan baik susulan kejayaan penstrukturan semula yang menyaksikan aliran tunainya berada dalam kedudukan positif pada Oktober tahun lalu.

 

Subscribe to Terkini