Aemulus ambil alih sepenuhnya baki 60% ekuiti syarikat semikonduktor China bernilai RM15.05 juta
KUALA LUMPUR 2 Okt - Aemulus Holdings Bhd bersedia mengukuhkan kedudukannya dalam industri semikonduktor dengan mengambil alih baki 60% pegangan ekuiti dalam Tangming Shengshi Technology (TMSS) melalui anak syarikat milik penuhnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB).






