Cahya Mata saman bekas pengarah eksekutif, 5 yang lain - tuntut ganti rugi RM53 juta
KUALA LUMPUR 22 Julai - Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) menyaman bekas pengarah eksekutifnya Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree dan lima yang lain atas dakwaan pelanggaran kewajipan fidusiari berhubung pembinaan loji aditif fosfat bersepadu di Samalaju, Sarawak.






