COVID: 153 kematian direkod hari Ahad, jumlah tertinggi setakat ini
KUALA LUMPUR 19 Julai - Malaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut dengan 153 kes dilaporkan pada Ahad, berbanding 138 kes Sabtu, sekali gus angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.






