PUTRAJAYA 9 Jun - Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka sekali gus boleh mengalakkan lebih ramai Anak Malaysia yang mampu memiliki rumah pertama di negara ini.
SERDANG 9 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara.
KUALA LUMPUR 9 Jun - Scomi Group Bhd telah menerima cadangan penyelesaian dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) berhubung litigasi material yang dibangkitkan pemberi pinjaman di Mahkamah Tinggi.
SHAH ALAM 9 Jun – Seramai 50 usahawan Indonesia dijadualkan menyertai program bimbingan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang julung-julung kalinya diadakan di Indonesia pada September ini.