Sapura Energy menang 6 kontrak RM2.7 bilion
KUALA LUMPUR 17 Jun - Segmen perniagaan penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan Sapura Energy Bhd, melalui anak-anak syarikat milik penuh dan usaha samanya, memperoleh enam kontrak utama di rantau Asia-Pasifik dan Atlantik, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.7 bilion.






