BNM denda JAGS Money RM17,400 kerana gagal laksanakan pengesahan pelanggan
KUALA LUMPUR 29 Okt – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda pentadbiran sebanyak RM17,400 terhadap JAGS Money Sdn Bhd kerana gagal mematuhi keperluan pengesahan pelanggan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.






