Untung bersih AutoCount melonjak 90.9% kepada RM27.41 juta pada 9MFY2025
KUALA LUMPUR 25 Nov – AutoCount Dotcom Berhad mencatatkan keputusan kukuh pada sembilan bulan pertama tahun kewangan 2025 (9MFY2025) dengan keuntungan selepas cukai melonjak 90.9% kepada RM27.41 juta berbanding RM14.36 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.






