Petronas Gas catat untung kukuh selepas cukai RM1.92 bilion, isytihar dividen kekal 22 sen
KUALA LUMPUR 21 Feb — Petronas Gas Berhad mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang lebih tinggi sebanyak RM1.92 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY2024), peningkatan 1.2 peratus berbanding RM1.90 bilion pada tahun sebelumnya.






