Pada tahun 2000, takdir Ilahi membawa saya ke Riyadh, ibu negara Arab Saudi. Ketika itu saya baru sahaja kehilangan pekerjaan di tanah air, dibuang kerja dari sebuah stesen televisyen nasional.
Azan. Seruan lima kali sehari. Lantunan kalimah agung yang begitu lazim di telinga saya sejak kecil – dari kampung pedalaman Kuala Rompin ke kota-kota besar, dari dunia Islam hingga ke pelusuk bumi yang asing dari nama Muhammad.
Saya menamatkan pengajian dalam sains komputer dan statistik pada tahun 1988, hari ini saya melihat dunia teknologi dengan campuran kagum, nostalgia, dan semangat untuk terus belajar.
Sebagai seorang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang telah menjelajah 41 negara sebagai pelajar, profesional, dan usahawan, saya merenung perjalanan hidup yang membawa saya ke persaraan. Selain menulis 45 buah buku, 30 e-buku dan menulis ratusan pengalaman, fiksyen, novel dan anekdot.
Dalam kelam usia yang merangkak perlahan, di bawah naungan tubuh yang kian rapuh, saya menelusuri liku-liku perjalanan hidup sebagai seorang pendakwah tanpa sengaja.
Sebagai seorang warga emas dan OKU yang telah melawat 41 buah negara dan pernah menjadi ekspatriat di New Zealand, Arab Saudi dan UAE, saya ingin berkongsi sebuah renungan peribadi tentang nilai kedamaian dalam perbualan, kematangan dalam pertimbangan, dan kebijaksanaan dalam memilih untuk diam.<