KKDW pertikai kenyataan MOF mengenai perbelanjaan, tegaskan RM300 juta bukan peruntukan tambahan
KUALA LUMPUR 2 Sept - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertikaikan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) bahawa kementerian itu sejak beberapa tahun lalu membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar.













