Sports Toto jual saham 7-Eleven Malaysia bernilai RM25 juta, pegangan susut kepada 1.16%
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sports Toto Bhd mengurangkan pegangannya dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM) selepas menjual 12.5 juta saham, bersamaan 1.13% kepentingan ekuiti, pada nilai RM25 juta secara tunai.






