Saham Press Metal susut, hilang RM7.7 bilion nilai pasaran selepas harga aluminium jatuh ke paras terendah sejak Mac
KUALA LUMPUR 16 Jun – Saham Press Metal Aluminium Holdings Bhd merosot dalam dagangan hari ini selepas harga aluminium global jatuh ke paras terendah sejak Mac berikutan perkembangan geopolitik yang mengurangkan kebimbangan gangguan bekalan.






