Skip to main content

Evolusi Penjaga Gol dalam taktikal bola sepak moden

Doa penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris: Ederson mewakili Manchester City dan Allison Becker dengan Liverpool.
Oleh Muhamad Addin Burhanuddin

ADAKAH anda masih ingat waktu main bola petang-petang, siapa yg jadi striker atau goalkeeper? Selalunya tuan punya bola atau yang “terer” akan jadi striker atau midfielder.

 

Posisi penjaga gol akan diberikan kepada “you know who”. “Wan, kerja ko senang je. Dapat bola tepis atau clear. Ko sepak jauh-jauh.”

 

Lihatlah, sebenarnya dari zaman kanak-kanak lagi kita telah diterapkan bahawa posisi penjaga gol kurang penting dalam taktikal bola sepak. Tugas penjaga gol adalah bukannya sekadar menghalang pihak lawan daripada membuat jaringan gol, malah ia lebih daripada itu.

 

Banyak yang telah diperkatakan mengenai peranan penjaga gol sedekad yang lalu. Evolusi daripada hanya menahan bola (shot stopping) semata-mata kepada “well rounded player” di atas padang.

 

Perubahan taktikal yang sangat popular masa kini seperti “gegenpressing, total football, tiki-taka” yang berasaskan  “possession-based football style” memerlukan pasukan menguasai bola selama yang mungkin, dan antara cara yang terbaik adalah perlu bermula daripada seorang penjaga gol.

 

Manuel Neuer, Ederson, Hugo Lloris, Allison Becker adalah di antara contoh yang terbaik “ball playing goalkeepers” dan peranan mereka membantu taktikal pasukan tidak perlu diperkatakan lagi.

 

“Possession-based football” adalah di antara taktikal yang menjadi pilihan ramai jurulatih muda masa kini dan asas kepada taktikal ini memerlukan seorang  “ball playing goalkeeper”. 

 

Yang menjadi persoalan, adakah masih ada tempat dalam pasukan untuk seorang penjaga gol tradisional seperti Jan Oblak, David De Gea dan sebagainya. Semuanya adalah bergantung kepada pemilihan taktikal sesebuah pasukan.

 

parafrasa

 

Ball Playing Goalkeepers

“Ball-playing goalkeepers” adalah di antara pilihan yang sangat popular ketika ini kerana kebanyakan pasukan mula beralih kepada falsafah bola sepak moden. Penjaga gol perlulah memiliki kebolehan teknikal “ball on their feet” sebagai tambahan selain daripada “shot-stopping capabilities.”

 

Untuk pasukan yang mempunyai penjaga gol ini, ianya membolehkan mereka menguasai sebahagian besar penguasaan bola dan secara teorinya boleh menyerang dengan baik. Pasukan yang berasaskan “attack minded” seperti Barcelona, Liverpool, Manchester City, Bayern Munich, PSG sangat memerlukan penguasaan bola selama mungkin dan mereka sangat memerlukan “ball playing keepers.” Jika tidak, pasukan akan terdedah dengan bahaya serangan balas.

 

Allison Becker (Liverpool) dan Ederson (Man City) sebagai contoh. Kualiti permainan penjaga gol ini membolehkan pasukan boleh bermain mudah dari belakang. Ketika pihak lawan sedang menekan atau “pressing”, mereka boleh membuat hantaran jarak pendek atau sederhana secara tepat dan sangat tenang untuk membantu pasukan bergerak ke fasa seterusnya dalam serangan.

 

Dengan adanya Allison dan Ederson, mereka boleh membuat banyak hantaran pendek kepada sesiapa sahaja rakan pasukan di “backline” ,menggerakkan aliran bola bermula dari belakang dan membantu perubahan transisi yang lancar kepada serangan.

 

Jika Liverpool dan Man City tidak ada “ball playing goalkeepers”, penjaga gol hanya akan membuat hantaran jarak jauh sahaja ketika pihak lawan menekan, dan secara tidak langsung penguasaan bola akan berkurangan. Ini akan memberikan ruang kepada pihak lawan untuk “counter attack”.

 

parafrasa
Allison Becker menanduk masuk bola dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion.

 

Masihkah anda ingat lagi kisah Joe Hart, penjaga gol Man City yang kurang digemari oleh Pep Guardiola, dan juga Loris Karius. Gaya permainan mereka yang tidak sesuai dengan taktikal pasukan. Walaupun mereka adalah seorang penjaga gol yang baik.

 

Penjaga Gol Tradisional

Asas kepada penjaga gol tradisional adalah “strong shot-stopping” dan “good reflexes”. Mereka sangat hebat dalam mengawal gawang daripada dibolosi. Kehadiran penjaga gol ini adalah penting untuk taktikal pasukan bertahan. Jurulatih sangat mengutamakan kemantapan barisan pertahanan. Pasukan akan bermain secara “low defensive block” dan bergantung kepada hantaran bola jauh atau “counter attack” untuk menyerang.

 

Petr Cech, Buffon, Peter Scmeichel, Dida adalah antara di antara “traditional goalkeepers” terbaik sepanjang zaman.  Kesesuaian taktikal pasukan dengan gaya permainan mereka membantu pasukan memenangi banyak perlawanan.

 

parafrasa

 

Sehingga kini, taktikal ini masih lagi relevan,banyak digunakan oleh jurulatih dan terbukti masih mampu memenangi perlawanan.  Jose Mourinho, Diego Simeone, Carlo Ancelotti, Antonio Conte, Massimiliano Allegri membentuk pasukan mereka dan menambahbaik mengikut falsafah mereka tersendiri.

 

Kesimpulan

Jadi, sebagai jurulatih pasukan, adakah anda memerlukan “ball-playing goalkeeper” atau tradisional? Ataupun penjaga gol yang mempunyai kedua-duanya?

 

Pemilihan penjaga gol masa kini adalah bergantung kepada corak taktikal pasukan. Jika pasukan ingin “build from the back”, “ball-playing goalkeeper” adalah pilihan yang terbaik kerana ianya memberikan pasukan “more control of possession”dalam permulaan fasa serangan.

 

Sebaliknya, jika pasukan bermain secara bertahan, dan melakukan serangan secara “counter attack”, penjaga gol tradisional adalah yang terbaik. Pasukan akan membiarkan pihak lawan memegang bola sekaligus membolehkan fokus penjaga gol hanya menghalang bola sahaja.

 

Pada masa kini, peranan sama ada klasik atau moden adalah sangat penting bagi seorang penjaga gol.”Shot-stopping” dan “reflexes” adalah kemahiran asas yang perlu ada bagi seorang penjaga gol, tetapi perubahan taktikal bola sepak moden memerlukan seorang penjaga gol meningkatkan kemahiran “distribution, sweeping up, aggressive positioning and improved athleticism.”

 

parafrasa

 

Memetik kata-kata Johan Cruyff “In my team, the goalkeeper is the first attacker and the striker is the first defender.” – DagangNews.com

 

 

Muhamad Addin Burhanuddin adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat