Tealive belanja 5,000 petugas barisan hadapan makan tengah hari percuma 5 Disember ini | DagangNews.com Skip to main content

Tealive belanja 5,000 petugas barisan hadapan makan tengah hari percuma 5 Disember ini

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Dis - Selepas pemberian 10,000 cawan Kopi Merdeka pada Ogos lalu, Tealive memberi makan tengah hari percuma kepada 5,000 petugas barisan hadapan pada 5 Disember ini untuk menghargai jasa atas perkhidmatan mereka sepanjang pandemik COVID-19. 

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, pelanggan hanya perlu mengenal pasti dirinya barisan hadapan dan berkata, “Yes! Tealive Got Food,” sebanyak tiga kali dan mereka akan diberikan makanan tengah hari Tom Yam Prawn Mac & Cheese secara percuma. 

 

Beliau berkata, setiap petugas barisan hadapan boleh ke mana-mana 257 cawangan Tealive untuk mendapatkan makanan tengah hari tersebut.

 

"Setiap cawangan yang mengambil bahagian dalam pemberian ikhlas ini akan menyediakan sehingga 20 set pada hari tersebut mulai jam 12 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Loo, selain Mac & Cheese, Tealive juga mempunyai menu hidangan baharu sepanjang hari yang terdiri daripada Grilled Chicken Western Gravy Rice, Grilled Chicken Aren Glazed Rice, Buttermilk Popcorn Chicken Rice dan Meletop Beef Rice. 

 

Katanya, set-set ini berharga RM15.90 bagi setiap ala carte dan RM13.90 apabila dibeli dengan sebarang minuman.

 

“Memandangkan kita memasuki fasa endemik COVID-19, marilah kita mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah sedaya upaya memberi pertolongan kepada rakyat Malaysia ketika negara menghadapi perintah kawalan pergerakan pada Mac 2020.

 

 

tealive
                                            Bryan Loo

 

 

tealive

 

 

tealive

 

 

“Sebagai jenama tempatan, kami berterima kasih atas sokongan kesemua rakyat Malaysia ketika kami mencapai ke puncak dalam kalangan jenama teh gaya hidup dalam kalangan negara-negara ASEAN," katanya.

 

Tambahnya, mereka berbangga membawa bendera Malaysia merentasi benua dan terkini membuka cawangan di Amerika Syarikat selepas bertapak di Eropah, Afrika dan Australia. - DagangNews.com