Rizab antarabangsa BNM setakat 15 November meningkat kepada AS$107.5 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM setakat 15 November meningkat kepada AS$107.5 bilion

KUALA LUMPUR 22 Nov - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$107.5 bilion pada 15 November 2022 berbanding AS$105.2 bilion pada 31 Oktober 2022.

 

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut bank pusat dalam kenyataan hari ini.

 

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$95.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset-aset lain (AS$2.8 bilion).

 

Aset berkenaan terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM498.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM59.36 bilion).

 

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.82 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM195.75 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.33 bilion), deposit lain (RM35.77 bilion), kertas Bank Negara (RM9.15 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion). -DagangNews.com