PublicInvest kekal penarafan 'outperform' terhadap Genting Malaysia, TP lebih rendah | DagangNews Skip to main content

PublicInvest kekal penarafan 'outperform' terhadap Genting Malaysia, TP lebih rendah

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Nov - PublicInvest Research mengekalkan penarafaan 'outperform' terhadap Genting Malaysia Berhad dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak RM3.50 sesaham.

 

Firma itu berkata, kumpulan kembali untung dengan merekodkan untung bersih sebanyak RM11.4 juta bagi 3QFY22 kesan daripada jumlah perniagaan yang lebih tinggi di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Bahamas.

 

Katanya, bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 30 September 2022, hasil dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan adalah dalam jangkaan, masing-masing menyumbang 75% dan 74% daripada anggaran dan konsensus setahun penuh.

 

Bagaimanapun, keuntungan bersih teras berada di bawah jangkaan sebanyak 15% daripada jumlah tahun penuh, terutamanya disebabkan oleh kos faedah dan kos cukai yang lebih tinggi daripada jangkaan.

 

"Kami menyemak semula anggaran faedah dan kos cukai menjadikan penurunan sebanyak 16% terhadap unjuran hasil bagi FY22 hingga FY24.

 

"Atas dasar itu kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan TP RM3.50 berbanding RM3.66.

 

"Dari segi operasi, kami melihat perkembangan positif terutama selepas ketiadaan sekatan berkaitan COVID-19," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun ia melihat kerjasama Macau secara positif kerana ia seharusnya membantu kumpulan itu meluaskan kehadiran geografinya dan mempelbagaikan operasinya, usaha niaga itu juga boleh membantu aliran tunainya dalam tempoh terdekat. - DagangNews.com