PN akhirnya bersetuju bincang cadangan bentuk Kerajaan Perpaduan | DagangNews Skip to main content

PN akhirnya bersetuju bincang cadangan bentuk Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 24 Nov - Perikatan Nasional akhirnya bersetuju dengan cadangan Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Setiausaha Agung PN, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

 

"Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Kelmarin ketika menghadap Agong, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan Kerajaan Perpaduan iaitu PN bercantum dengan PH bagi membentuk kerajaan Persekutuan. - DagangNews.com