Pelepasan cukai pendapatan individu untuk SSPN diperkenalkan semula, kerajaan tanggung kos RM250 juta - PM | DagangNews Skip to main content

Pelepasan cukai pendapatan individu untuk SSPN diperkenalkan semula, kerajaan tanggung kos RM250 juta - PM

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pelepasan cukai bagi deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan diperkenalkan semula, persidangan Dewan Negara hari ini.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dibuat berikutan gesaan banyak pihak meminta kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai yang tidak termasuk dalam Bajet 2023 yang disemak semula.

 

“Saya bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai ini sehingga 2024 yang akan memberi manfaat kepada 400,000 pembayar cukai dan menelan belanja kerajaan RM250 juta,” katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di Dewan Negara hari ini.

 

Pelepasan itu pada mulanya ditawarkan pada RM6,000, tetapi kemudiannya dinaikkan kepada RM8,000 di bawah Bajet 2019.

 

Dewan rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 melalui undi suara majoriti, dan kini dibahaskan di peringkat Dewan Negara.


 

PM

 


Anwar telah pun membentangkan bajet mini untuk menampung perbelanjaan mengurus sehingga RM107 bilion bagi tahun ini semasa sidang khas yang diadakan pada Disember tahun lepas, apabila beliau memperoleh undi percaya.

 

Tambahan RM57 bilion turut diluluskan di bawah dana pembangunan.

 

Ini adalah bajet pertama yang dibentangkan oleh kerajaan perpaduan.

 

Kerajaan terdahulu di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan Bajet 2023 pada Oktober 2022, tetapi Parlimen dibubarkan bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebelum ia boleh dibahaskan dan diluluskan. - DagangNews.com