Naza TTDI rai ulang tahun ke-50 dengan kempen memberi ganjaran kepada pembeli | DagangNews Skip to main content

Naza TTDI rai ulang tahun ke-50 dengan kempen memberi ganjaran kepada pembeli

Dato' Jasmy Ismail bersama tetamu melakukan acara Yee Sang pada majlis makan malam Naza TTDI di Kuala Lumpur pada 31 Januari 2023.

KUALA LUMPUR 1 Feb – Naza TTDI Sdn Bhd memulakan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini dengan pelancaran Kempen `Keharmonian Kehidupan' dan pelbagai aktiviti dirancang sepanjang enam bulan akan datang sebagai cara menyampaikan penghargaannya kepada pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Naza TTDI juga mengumumkan siri tiga Cabutan Bertuah untuk pembeli hartanahnya. Cabutan Bertuah ini dibuka kepada pembeli unit dalam projek terpilih iaitu, MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai – Soho, Trio Permai – Kedai, Trio Permai – Kedai dan TTDI Za’aba.

 

Pembeli yang berminat boleh merujuk laman web Naza TTDI mengenai terma dan syarat cabutan bertuah ini.

 

Peraduan Cabutan Bertuah “Keharmonian Kehidupan” menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport yang akan dijalankan dalam 3 cabutan, pada bulan Mei, Julai, dan cabutan bertuah utama pada Ogos 2023.

 

Kempen tersebut diumumkan oleh Pengerusi Naza TTDI, Dato' Jasmy Ismail, dan turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI, Daniel Lim pada Malam Apresiasi Media Naza TTDI yang diadakan di sebuah bangunan ikoniknya, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 31 Januari 2023.


 

Dato' Jasmy Ismail
                                      Dato' Jasmy Ismail

 


Menurut Jasmy, “Ulang tahun ke-50 kami merupakan peristiwa penting bagi Naza TTDI. Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaat banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran.

 

"Namun, kami tetap teguh dalam fokus kami untuk menawarkan unit kediaman dan komersial yang menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti," kata beliau.

 

Sepanjang perjalanan 50 tahun sejak penubuhannya pada 1973, Naza TTDI turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya.

 

Rentetan pencapaian Naza TTDI termasuk menyiapkan perbandaran terkenal berskala besar, dan projek premium dan mercu tanda seperti TTDI, TTDI Alam Impian, Platinum Park dan MITEC, dan pencapaian penting lain.

 

Sebagai tambahan kepada pembangunan premium, Naza TTDI juga membangunkan perumahan kos sederhana dan rendah.

 

Naza TTDI telah berjaya menyiapkan lebih 25,000-unit kediaman & komersial dan terus menyentuh kehidupan ramai kerana mereka kekal fokus pada pembangunan yang meningkatkan kualiti hidup dan membawa konsep gaya hidup yang berkisar kepada komponen Live, Work, Learn & Play.


 

Naza TTDI

 


“Ketika kami meraikan sambutan Jubli Emas tahun ini, kami akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian kami dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, serta projek premium dan mercu tanda.

 

"Kami telah merancang pelbagai aktiviti dalam tempoh 6 bulan akan datang untuk memperingati peristiwa penting ini di bawah Kempen Ulang Tahun ke-50 kami,” ujar Jasmy.

 

Kempen ini akan bermula hari ini hingga Julai 2023 dan akan menawarkan pelbagai aktiviti seperti cabaran dan peraduan media sosial, serta acara yang mempromosi gaya hidup sihat dan mampan seperti acara Berbasikal dan Jejak Hutan. - DagangNews.com