MISC terima Seri Damai dan Seri Daya, dua kapal pengangkut LNG cekap tenaga baharu | DagangNews Skip to main content

MISC terima Seri Damai dan Seri Daya, dua kapal pengangkut LNG cekap tenaga baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 31 Jan - MISC Berhad hari ini menerima dua kapal pengangkut Gas Asli Cecair (LNG) baharu iaitu Seri Damai dan Seri Daya.

 

Kapal pengangkut 174,000 meter padu (CBM) itu dilengkapi dengan teknologi pintar dan cekap tenaga yang dibina khusus untuk MISC oleh Samsung Heavy Industries Co., Ltd. (SHI). 

 

Selepas penerimaan, kapal pengangkut LNG itu akan disewakan untuk jangka panjang kepada anak syarikat milik penuh ExxonMobil, SeaRiver Maritime LLC (SRM) dan akan diuruskan oleh Eaglestar Shipmanagenent (S) Pte.Ltd (Eaglestar).

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Kapten Rajalingam Subramaniam berkata, ketibaan Seri Damai dan Seri Daya menandakan permulaan tahun yang kukuh dan pencapaian penting dalam perkongsian MISC dengan SeaRiver Maritime. 

 

"Penghargaan diberikan kepada Samsung Heavy Industries, pasukan pengurusan projek dalaman daripada Eaglestar, pasukan Perniagaan Gas Assets & Solutions (GAS), Class Society ABS dan semua rakan kongsi yang terlibat dalam pembinaan kapal seba canggih ini.

 

"Kepada profesional marin kami, selamat berkhidmat di atas kapal-kapal ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SeaRiver Maritime Inc., Kostelnik berkata, kapal Seri Daya dan Seri Damai merupakan peristiwa penting dalam hubungan antara SeaRiver Maritime, MISC dan Samsung Heavy Industries Shipyard.

 

"Ia merupakan langkah ke hadapan dalam menyokong masa depan sifar bersih kerana kami menambah pengangkut LNG moden yang cekap tenaga untuk menyokong perniagaan LNG ExxonMobil yang semakin berkembang," katanya.

 

Seri Damai dan Seri Daya menampilkan teknologi canggih untuk memenuhi keperluan untuk penyelesaian yang selamat dan cekap tenaga dalam pengangkutan LNG.

 

Pengangkut LNG telah mempertingkatkan penebat tangki kargo dengan sistem pembendungan kargo GTT Mark-III Flex PLUS yang mengurangkan kadar mendidih kepada 0.07% daripada jumlah kargo sehari untuk kecekapan yang lebih baik.

 

Dikuasakan oleh WinGD X-DF, kapal-kapal itu memenuhi keperluan pelepasan Tier-III Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) tanpa sebarang sistem rawatan selepas gas ekzos luaran.

 

Ia juga mematuhi piawaian Indeks Kapal Sedia Ada Kecekapan Tenaga (EEXI) manakala kapal cekap tenaga juga diperakui dengan Notasi ENVIRO, penerimaan keperluan ABS untuk perlindungan alam sekitar. - DagangNews.com