Latihan kecemasan: PLUS tutup sementara laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan pada 30 November 2022 | DagangNews.com Skip to main content

Latihan kecemasan: PLUS tutup sementara laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan pada 30 November 2022

Gambar BERNAMA
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Nov - Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan sementara laluan tersebut untuk latihan simulasi kecemasan pada 30 November 2022, mulai pukul 10 pagi hingga 2.30 petang.

 

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna dari utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan seterusnya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Pesrsekutuan (FT240) iaitu Jalan susur Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi berlangsung.

 

Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke selatan dengan memasuk semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.

 

Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.

 

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaira Ahmad Zabidi, keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa menjadi keutamaan mereka.

 

"Oleh itu latihan seumpama ini dijalankan dari masa ke masa untuk mengukur tahap persediaan kakitangan PLUS dan agensi yang berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Latihan kecemasan kali ini akan melibatkan agensi-agensi terbabit, antaraya Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, MIROS, Edgenta Inrastructure Services dan sebagainya.

 

 

plus

 

 

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS kita diadakan. 

 

Pengguna juga boleh mengubungi PLUSLine 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya memerlukan bantuan kecemasan. - DagangNews.com