Kinta Properties lancar projek kediaman mewah Crest di Hilltop Mansions  | DagangNews Skip to main content

Kinta Properties lancar projek kediaman mewah Crest di Hilltop Mansions 

Hilltop Mansions terletak di kawasan bukit dan dikelilingi persekitaran hijau.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 1 Dis -  Kinta Properties telah melancarkan projek kediaman mewah baharu iaitu Crest di Hilltop Mansions di lokasi eksklusif Meru Valley Resort yang juga resort golf berprestij di Ipoh.

 

Kediaman banglo yang terletak di atas bukit dan dikelilingi kehijauan itu menawarkan kedamaian dan ketenangan kepada penghuninya.

 

Penolong Pengurus Pemasaran Kinta Properties, Chan Li Leen berkata, banglo dua tingkat itu menggabungkan gaya hidup kini dengan persekitaran alam semula jadi.

 

Menurutnya, suasana di kediaman mewah itu  menawarkan kedamaian dan ketenangan kepada penghuninya.

 

"Unit kediaman Crest di Hilltop Mansions dibina pada lot bersaiz 668 meter persegi manakala ruang binaan pula seluas 397 meter persegi.

 

"Setiap banglo juga menawarkan enam bilik tidur dengan enam bilik mandi dan satu lagi bilik air.

 

"Ruang tamunya yang besar serta dapur kering dan basah berasingan bermakna ruang yang lebih besar untuk seisi keluarga," ujarnya.

 

 

rumah
Banglo mewah Crest di Hilltop Mansions di lokasi eksklusif Meru Valley Resort.

 

 

Penghuni Hilltop Mansions juga mempunyai akses pada kemudahan sedia ada seperti padang golf, restoran, kolam renang, gimnasium, spa dan pusat terapi fizikal di Meru Valley Resort.

 

Crest di Hilltop Mansions berharga dari RM2 juta dan seterusnya manakala terdapat juga pakej promosi untuk pembeli terawal.

 

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Meru Valley Resort bolehlah melayari meruvalley.com.my/hilltop-mansions/. - DagangNews.com.