Hayat Kimya kukuhkan kehadiran di Malaysia sempena setahun jenama Molfix | DagangNews Skip to main content

Hayat Kimya kukuhkan kehadiran di Malaysia sempena setahun jenama Molfix

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Nov - Hayat Kimya, pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas, dan pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia, komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix. 

 

Jenama Molfix kini boleh didapati di lebih 4,500 kedai fizikal dan dalam talian.

 

Jenama Molfix pertama kali diperkenalkan di Malaysia tahun lepas seiring dengan rancangan perniagaan strategik Hayat Kimya untuk mengembangkan jejaknya ke Asia Tenggara, berikutan kemasukannya ke Vietnam dan Thailand. 

 

Sejak itu, jenama itu telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu bapa Malaysia, yang menawarkan ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi pada setiap masa.

 

Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd, Alp Bilgili berkata, sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. 

 

"Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahami keperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.

 

“Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

molfix

 

 

molfix

 

 

Kerjasama jenama itu dengan pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sebagai duta telah membantu meletakkan Molfix dalam kalangan ibu yang sentiasa mencari yang terbaik untuk si manja sambil menikmati perjalanan keibuan.

 

Scha berkata, mereka sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi. 

 

"Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi," katanya.

 

 

molfix

 

 

Komitmen Hayat Kimya terhadap pertumbuhannya di Asia Tenggara diperkukuh lagi dengan pembinaan kilang pembuatan serantau baharu di Vietnam, yang bertindak sebagai hab ASEAN untuk produk Molfix. 

 

Produk-produk Molfi kini boleh didapati di pasar raya dan pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket,  Manjaku, dan lain-lain serta platform atas talian utama. - DagangNews.com