Wezmart perkenal program Xcelerator perkasa SMP bina komuniti progresif | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Wezmart perkenal program Xcelerator perkasa SMP bina komuniti progresif

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 April - Wezmart International Bhd melancarkan alat perisian terbaharunya, BPOSA360 yang merupakan 'disruptor’ unik ‘Platform as a Service’ (PaaS).

 

BPOSA360 merupakan perisian utama di bawah Wezmart Xcelerator Programme (WXP) yang dicipta khusus untuk membantu pengamal kecil dan sederhana (SMP) melaraskan permintaan para pelanggan SME yang meningkat dari dalam dan luar negara.

 

WXP berkebolehan mempertingkatkan SMP dengan memberikan dan membina komuniti yang progresif dan profesional yang mana pengamal mampu meningkatkan taraf daripada jawatan pentadbiran kepada jawatan penasihat. 

 

Para pengamal profesional yang juga dikenali sebagai rakan bisnes akan mendapat akses kepada ciri-ciri yang membolehkan pengurusan butiran klien seperti maklumat perhubungan, butiran pengarah dan pemegang saham.

 

Selain itu, dokumen berkanun termasuk sijil penubuhan, 'super forms', atau resolusi ditandatangani untuk memastikan kemahuan para klien diurus secara efisien dengan satu klik sahaja.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Wezmart International, Yee Chee Mun berkata, WXP ialah program 'revolusioner' yang memberikan rangkaian pematuhan secara menyeluruh kepada para profesional dengan sumber-sumber berharga dan juga merupakan satu bantuan untuk meningkatkan imej jenama individual melalui digitalisasi. 

 

"Kami bertekad untuk menjadi syarikat utama di Asia Tenggara yang memberikan inovasi digital untuk meningkatkan cara para profesional bekerja dan menjalankan kehidupan.

 

 

wezmart
                                                                                Yee Chee Mun

 

 

"Kami tahu kepentingan jaminan dan kawalan mutu. Wezmart International baru sahaja menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 untuk memastikan servis-servis yang kami berikan kepada kedua-dua rakan bisnes dan para pelanggan," katanya.

 

Ketua Pegawai Digital Wezmart International, Ang Boon Chow pula berkata, menjadi sebahagian daripada WXP memberikan akses barisan aktiviti yang direka secara berperingkat untuk membantu dalam peningkatan jangka panjang kepada rakan bisnes. 

 

Katanya, aktiviti-aktivitinya termasuk pengemaskinian pematuhan profesional, latihan bisnes dan mentor, perkembangan kemahiran insani dan latihan, perangkaian dan persidangan serta infrastruktur alir kerja bersistem untuk meningkatkan kecekapan.

 

Dalam pada itu, Wezmart mengumumkan pelancaran tiga tapak satelit di Malaysia untuk Wezmart Acceleration Centres (AC) di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. 

 

Melalui kerjasama dengan Regus, kemudahan-kemudahan ini telah menawarkan ruang kerja bersama untuk rakan-rakan bisnes, pusat mesyuarat dengan klien, sesi seminar, dan peluang perangkaian. - DagangNews.com