KUALA LUMPUR 2 Ogos - WCT Land Sdn Bhd, bahagian pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pengurusan WCT Holdings Berhad, memperkenalkan projek berketumpatan rendah, Adenia Apartment, yang dijangka akan siap pada tahun 2025.
Projek pangsapuri baharu ini yang terletak di Bandar Parklands, sebuah bandar matang di bandar diraja Klang, dijangka akan memegang nilai pasaran yang kukuh.
Adenia menawarkan kemudahan premium kepada pembeli rumah pada harga yang berpatutan, iaitu RM375,000 seunit. Adenia sudah mendapat sambutan yang baik, dengan pendaftaran yang melebihi 200%.
Unit Bumiputera masih boleh ditempah dengan diskaun 7%. Pembeli rumah pertama boleh memohon pinjaman sehingga 100% daripada Skim Rumah Pertamaku. Mereka juga boleh menikmati pengecualian duti setem bagi memorandum pemindahan dan perjanjian pinjaman bank.
Adenia akan memupuk gaya hidup moden yang selesa dengan aspek ketersambungan yang baik sekaligus menawarkan kemudahan menarik yang dikelilingi oleh kehijauan dan landskap yang indah.
Pangsapuri berketumpatan rendah dalam perbandaran bersepadu Bandar Parklands ini terdiri daripada 181 unit dalam menara tunggal 22 tingkat.
Adenia juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk sebuah kolam renang, kolam renang kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, taman, surau, dewan serbaguna dengan gelanggang badminton dan gimnasium.

Bakal dibangunkan di atas tanah hak milik kekal seluas 3.02 ekar, setiap unit Adenia berkeluasan 915 kaki persegi, dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Selain itu, dua ruang letak kereta berbumbung dengan akses terus ke lobi lif juga disediakan untuk setiap unit.
Adenia dirancang dengan mengambil kira keselamatan penghuni. Oleh kerana itu, Adenia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terdiri daripada rondaan keselamatan selama 24 jam, Pendaftaran Keselamatan, Kawalan Akses Kenderaan dan CCTV di pondok pengawal.

Timbalan Pengarah Urusan WCT Holdings Berhad, Peter Chow berkata, kediaman selesa kini bukan lagi kemewahan malah ia adalah satu keperluan.
"Sebagai salah sebuah negara yang paling cepat mengalami urbanisasi di Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar pembandaran yang terpantas. Pada tahun 2020, 77.16% daripada penduduk negara menetap di kawasan bandar dan ini menggambarkan kemajuan pesat berbanding hanya 34.2% pada tahun 1980.
"Justeru itu, proses pembandaran yang pesat menyebabkan orang ramai, terutamanya golongan generasi muda kurang kemampuan untuk memiliki rumah, kerana mereka lebih cenderung untuk menghadapi cabaran seperti keterjangkauan pemilikan dan tekanan kewangan," katanya. - DagangNews.com








