Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]
KUALA LUMPUR 6 Jan - Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan promosi istimewa sempena Tahun Baharu Cina yang bakal berlangsung sehingga 28 Februari ini.
Promosi ini melibatkan tawaran rebat angpau sebanyak RM1,000 dan penjimatan untuk eShowroom bernilai RM3,500.
VPCM memaklumkan, tidak ketinggalan pengecualian cukai jualan untuk model Arteon R-Line 4MOTION, Passat Elegance, Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line.
Katanya, model Passat Elegance turut didatangkan dengan rebat RM2,500 dan petrol percuma selama setahun.
"VPCM menjadikan pemilikan lebih mudah dengan tiga tahun penyelenggaraan percuma dan lima tahun jaminan perbatuan tanpa had.

"Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara pandu uji di bilik pameran bermula 15 hingga 16 Januari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut VPCM, bagi memastikan keselamatan jalan raya semasa perayaan akan datang, pihaknya menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma di semua pusat servis yang sah.
"Pemilik kini boleh membuat temu janji dengan mudah melalui aplikasi Volkswagen Cares.
"Juga terdapat kit disinfektan kereta percuma untuk pemilik yang membelanjakan minimum RM800 bermula 13 Januari 2022.
"Hadiah ini disediakan dengan rawatan ozon atau kabus, serta bagi mereka yang menggantikan penapis udara HEPA atau arang," katanya.

Katanya, pelan pembayaran mudah Volkswagen menjadikan lebih mampu untuk pemilik menservis dan membaiki kenderaan mereka semasa musim perayaan.
Sebarang maklumat lanjut sila layari, https://eshowroom.volkswagen.com.my/ atau hubungi mana-mana pusat servis Volkswagen. - DagangNews.com








