KUALA LUMPUR 13 Dis - Penaja tunggal dalam industri telefon pintar untuk Piala Dunia FIFA 2022, vivo melancarkan kempen 'Give it a Shout' yang mana peminat FIFA dan vivo boleh menjerit 'Gol' untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000.
Berlangsung dari 13 hingga 18 Disember 2022, kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan ia akan diadakan di Sunway Pyramid, yang mana mesin jeritan vivo menanti peserta untuk menjerit sepenuh hati.
Peserta boleh mengikuti langkah berikut untuk menyertai keseronokan dan memenangi hadiah misteri daripada vivo:
Langkah 1: Jerit 'Gol' di hadapan Vivo Scream Machine yang terletak di tingkat bawah, Orange Atrium, Sunway Pyramid.
Langkah 2: Ambil gambar halaman hadiah dan tebus hadiah anda di vivo Concept Store, Sunway Pyramid.
vivo juga bekerjasama dengan Ogawa, Vsing, Day One Day One, DJI dan Viu untuk membawa lebih banyak keseronokan dan hadiah kepada rakyat Malaysia, yang mana pemenang bertuah berpeluang memenangi Ogawa MySofa Luxe bernilai RM8,999.

Untuk mengambil bahagian, hanya ikuti tiga langkah ini:
Langkah 1: Rakam video anda menjerit 'Gol' di hadapan Vivo Scream Machine.
Langkah 2: Muat naik ke media sosial dengan hashtag #vivoGiveItAShout.
Langkah 3: Tetapkan siaran anda kepada umum dan tag vivo Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. - DagangNews.com








