unifi Business perkasa industri hospitaliti menerusi penyelesaian hiburan inovatif | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

unifi Business perkasa industri hospitaliti menerusi penyelesaian hiburan inovatif

Sesi bergambar majlis menandatangani perjanjian penyelesaian hiburan inovatif bagi industri hospitaliti di antara unifi Business dan pelanggan-pelanggannya.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - unifi Business menandatangani perjanjian untuk memberikan penyelesaian hiburan inovatif kepada lima pelanggannya, iaitu Genesis Life Care Centre, Aturan Lagenda-Ideas Hotel, Capitol Hotel, Federal Hotel dan Corus Hotel. 

 

Perjanjian itu memberikan perniagaan-perniagaan ini akses kepada kandungan premium dan eksklusif daripada unifi Business melalui penyelesaian hiburan unifi TV. 

 

Para pelanggan ini akan dapat memilih daripada tiga pek menarik untuk dicampur dan dipadankan dengan lebih 50 saluran dalam genre yang terdiri daripada siaran langsung sukan, drama bersiri, filem blockbuster, berita global, rancangan kanak-kanak/pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi.

 

Ketua Segmen PKS unifi, Mohamad Yusman Ammeran berkata, ketibaan pelancong asing dilaporkan merosot daripada kira-kira 26 juta pada 2019 kepada hanya kira-kira 135,000 pada 2021, industri pelancongan Malaysia lebih terjejas daripada kebanyakan sektor lain.

 

“Bagaimanapun, sehingga Jun 2022, jumlah pelancong telah melebihi 1 juta dan dijangka meningkat kepada 4.5 juta menjelang akhir tahun ini. Pengusaha hotel sedang menggiatkan semula perniagaan mereka dan berusaha untuk memberikan pengalaman yang lebih bermanfaat dan komprehensif dalam usaha mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan.

 

“Untuk menyokong usaha industri hospitaliti ini mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan mereka, unifi berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian hiburan hospitaliti baharu kami. Ini adalah sebahagian daripada penyelesaian konvergens kami yang merangkumi ketersambungan, kandungan dan penyelesaian digital untuk memperkasakan industri hospitaliti dan meningkatkan tawaran mereka dengan lebih pantas.

 

“Selain daripada pilihan sebanyak lebih 50 saluran bertaraf dunia, penyelesaian ini menyediakan pengalaman menarik dengan lima saluran premium baharu, termasuk beIN Sports," katanya.

 

Katanya, dalam menyokong PKS memulihkan kedudukan mereka selepas pandemik, pihaknya terus komited untuk membantu industri tempatan menjadi lebih mampan dan berdaya tahan melalui penyelesaian perniagaan yang komprehensif. 

 

"Melalui tawaran ini, kami berusaha untuk memperkasakan industri hospitaliti untuk menarik lebih ramai pelanggan, dan menggiatkan semula perniagaan mereka dan ekonomi negara," katanya.

 

Ketua unifi TV, Ho Hock Doong pula berkata, penyelesaian hiburan hospitaliti baharu itu direka untuk membolehkan pemilik perniagaan menyesuaikan saluran TV dan meningkatkan pengalaman pelanggan sambil pada masa yang sama, menjimatkan kos. 

 

"Selain BEIN SPORTS 1 dan 3 HD, pilihan saluran premium baharu akan merangkumi DEGUP HD, CGTN HD dan CCTV-4 HD – memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan perniagaan tersebut," katanya. - DagangNews.com