TrueMoney, Lotus's Malaysia bekerjasama tawar promosi dan ganjaran sehingga 18 Oktober 2023 | DagangNews Skip to main content

TrueMoney, Lotus's Malaysia bekerjasama tawar promosi dan ganjaran sehingga 18 Oktober 2023

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 21 September - TrueMoney telah bekerjasama dengan rangkaian pasar raya, Lotus's untuk menganjurkan promosi terbesar di Malaysia sempena Bulan Ahli Lotus’s, yang turut menampilkan ganjaran menarik kepada pelanggan.

 

TrueMoney ialah syarikat fintech Asia Tenggara, di bawah Ascend Money, yang menyediakan perkhidmatan kewangan inovatif untuk memperkasakan kehidupan seharian pengguna.

 

Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend, Jessie Chong berkata syarikat itu menjangkakan promosi tersebut membolehkan mereka mempamerkan kemudahan membeli-belah dengan TrueMoney dan berpeluang mendapat akses kepada pelbagai promosi, pulangan tunai dan faedah yang menakjubkan.

 

 

Jessie Chong
Jessie Chong

 

 

“Kami juga teruja untuk menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memperoleh ganjaran berbaloi melalui kempen True-Merdeka dan melipat gandakan My Lotus's Points mereka sepanjang promosi istimewa ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

Sempena Bulan Ahli Lotus’s, pelanggan akan mendapat 10 kali ganda mata ganjaran My Lotus's bagi setiap RM1 dibelanja di pasar raya terbabit apabila menggunakan aplikasi TrueMoney pada setiap hujung minggu bermula 21 September ini dan tidak terhad kepada hujung minggu, pelanggan juga dapat dua kali ganda mata ganjaran bagi setiap RM1 pada hari lain.

 

Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukarkan kepada baucar, kupon, atau digunakan untuk mengurangkan kos mereka semasa pembayaran, yang sah digunakan bagi transaksi dalam kedai dan atas talian.

 

Menurut TrueMoney, promosi itu memberi peluang kepada pelanggan untuk memaksimumkan pelbagai promosi dengan merancang perbelanjaan membeli-belah mereka bagi mendapatkan mata ganjaran maksimum dan pulangan tunai.

 

Sebagai contoh, sehingga 30 September, pengguna baru yang membelanjakan sebanyak RM20 pada hujung minggu akan memperoleh RM2 pulangan tunai daripada kempen TrueQuest, pulangan tunai rawak sehingga RM66 daripada kempen True-Merdeka dan menerima 10 kali ganda mata ganjaran.

 

 

truemoney

 

 

Bagi pengguna baharu membeli-belah dari 1 hingga 14 Oktober berbelanja RM100, mereka berpeluang memperoleh pulangan tunai RM2 daripada TrueQuest, pulangan tunai RM10 yang mengagumkan daripada kempen Ten-Tastic Cashback, dan dua kali ganda mata ganjaran My Lotus’s.

 

Selain itu, jika pengguna baharu membeli-belah dari 15 hingga 18 Oktober, mereka akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM2 daripada kempen TrueQuest, menikmati pulangan tunai 50% daripada Kempen TrueMonthly dan menggandakan mata ganjaran My Lotus's mereka.

 

Dengan strategi ini, TrueMoney berkata ia menyasarkan meneruskan kerjasama bersama Lotus’s dengan harapan untuk memacu penglibatan pelanggan, meningkatkan pengalaman membeli-belah dan meningkatkan jualan dalam industri peruncitan. - DagangNews.com