KUALA LUMPUR 11 Ogos - Traveloka Malaysia melancarkan kali kedua Fiesta Pelancongan Antarabangsa (ITF) dari 11 Ogos hingga 10 September 2023 susulan kejayaan hebat acara tersebut pada Mac lalu.
Pelancong mempunyai lebih banyak pilihan di antara promosi dalam talian dan luar talian bernilai lebih daripada RM3,000, termasuk penerbangan murah, hotel, aktiviti, dan kupon tiket taman tema di Traveloka untuk destinasi antarabangsa seperti Bangkok, Taipei, Seoul, Tokyo, London, dan lain-lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, Iko Putera berkata, para pelancong sudah bersedia untuk meneroka dan melihat dunia sekali lagi.
"Traveloka berminat untuk membantu pelanggan mendapatkan tawaran terbaik untuk pengembaraan seumur hidup dari jenama-jenama yang turut serta dalam ITF.
"Kebangkitan minat melancong di Malaysia bukanlah perkara yang mudah, dan kami berharap rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini dan merancang perjalanan mereka dengan harga yang hebat," katanya dalam kenyataan media di sini.
Traveloka, sebagai platform perjalanan terkemuka di Asia Tenggara, komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan bertaraf dunia bagi para pengguna dengan pelbagai produk dan perkhidmatannya.
Selain daripada promosi dalam talian, diadakan reruai di pusat beli-belah 1 Utama dari 23 hingga 27 Ogos 2023.

Pelanggan yang melawat reruai ini boleh mendapatkan harga istimewa dan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo, Jepun dibawakan khas oleh Malaysia Airlines.
Mulai 11 Ogos 2023, para pemburu tawaran boleh melawat Traveloka untuk mencari tawaran percutian yang tiada tandingan, termasuk perjalanan Meridian River Cruise secara percuma apabila membuat tempahan penerbangan atau hotel ke Bangkok, atau pembelian satu tiket percuma satu di SEA LIFE Melbourne Aquarium dan Universal Studios Hollywood.
Pengguna juga boleh mendapatkan lebih lagi penjimatan mereka melalui peraduan media sosial dan hadiah siaran langsung di akaun Instagram rasmi Traveloka Malaysia – seperti peluang untuk memenangi tiket penerbangan pergi balik secara percuma ke Bangkok, Bali & Jakarta, Indonesia oleh Malaysia Airlines dan TransNusa, dan juga yang kupon-kupon eksklusif yang menarik untuk dimenangi.
Traveloka fokus untuk memastikan pengalaman perjalanan terbaik bagi pelanggan, dengan menyediakan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan untuk menerokai dunia tanpa bimbang. - DagangNews.com








