KUALA LUMPUR 20 Nov – Tune Protect Re, anak syarikat insurans semula Pelancongan & Gaya Hidup terkemuka milik Tune Protect Group Berhad, telah melanjutkan kerjasamanya dengan platform penjualan tiket utama di Asia Tenggara, Ticket2U ke Indonesia dengan pelancaran ‘Ticket Refund Protection’ dan ‘Sports Personal Accident’ (PA).
Pencapaian ini penting sejajar dengan pelan pengembangan serantau Tune Protect ke seluruh Asia Tenggara, sekali gus membawakan perlindungan insurans Indonesia kepada para pengunjung acara melalui platform digital Ticket2U susulan kejayaan pelancaran perlindungan tersebut di Malaysia pada awal tahun ini.
Pengembangan serantau ini menggambarkan komitmen berterusan Tune Protect untuk menjadikan insurans sesuatu yang mudah, senang diakses dan relevan dengan gaya hidup digital pengguna masa kini.
Dengan integrasi perlindungan terus ke dalam ekosistem Ticket2U, Tune Protect membolehkan para pengunjung acara untuk merancang dan menikmati pengalaman mereka dengan lebih yakin serta memberi ketenangan fikiran yang lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Re, Janet Chin berkata, susulan kejayaan Ticket Refund Protection dan Sports PA di Malaysia, pihaknya berbesar hati untuk melanjutkan perlindungan ini ke Indonesia, sebuah negara dengan ekosistem acara langsung yang dinamik dan pesat berkembang.
“Kajian menunjukkan majoriti rakyat Indonesia gemar menghadiri konsert dan acara langsung, menggambarkan permintaan yang tinggi terhadap pengalaman hiburan dan pelancongan.
“Menerusi kerjasama ini, kami berhasrat memberikan ketenangan fikiran kepada pengunjung dengan memastikan mereka dilindungi daripada apa-apa situasi yang tidak dijangka.
“Pelancaran ini mengukuhkan lagi kehadiran serantau kami, selaras dengan usaha berterusan untuk membina kerjasama strategik yang memastikan perlindungan lebih mudah diakses di seluruh Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan tinjauan Jakpat’s Music Concert Trends & Fan Behaviours 2025 , minat terhadap hiburan langsung terus meningkat, dengan warga Milenial dan Gen Z merupakan majoriti pengunjung konsert.
Seramai 81% responden turut menyatakan mereka gemar menghadiri festival muzik.
Bagi menggapai momentum ini, Tune Protect dan Ticket2U memperkenalkan lapisan jaminan tambahan untuk para peminat dan pengembara.
Pengarah Urusan Ticket2U Sdn Bhd, YC Chia pula berkata, Ticket2U Indonesia mempunyai matlamat untuk membangunkan ekosistem tiket yang lebih pintar, selamat dan boleh dipercayai untuk penganjur mahupun para pengunjung.
“Melalui kerjasama dengan Tune Protect, kami memberikan nilai tambah dan keyakinan yang lebih tinggi kepada semua yang menyertai acara melalui platform kami,” katanya.
Ticket Refund Protection kini tersedia untuk semua pelanggan Ticket2U di Indonesia, merangkumi pelbagai jenis acara termasuk konsert, festival, maraton, larian, persidangan, pameran dan kejohanan sukan dengan harga hanya 5% daripada harga tiket.
Perlindungan ini melindungi para pengunjung daripada apa-apa situasi tidak dijangka yang mungkin mempengaruhi kehadiran mereka.
Pembelian Ticket Refund Protection adalah pantas dan mudah:
1. Pilih acara di Ticket2U Indonesia
2. Pilih ‘Ticket Refund Protection’ semasa pembayaran
3. Selesaikan pembelian dan perlindungan akan diaktifkan secara automatik.
Dengan pemberian perlindungan kepada pelbagai situasi yang tidak dijangka, Ticket Refund Protection memastikan para pengunjung acara menerima bayaran balik penuh jika mereka tidak dapat hadir disebabkan oleh keadaan seperti penyakit, kemalangan, bencana alam, kecemasan di rumah atau keadaan gangguan lain yang layak.
Bagi peminat sukan, Sports PA (Personal Accident Insurance) juga tersedia sebagai tambahan pilihan, menyediakan perlindungan kewangan untuk kecederaan akibat kemalangan yang dialami semasa acara berkaitan sukan, memastikan ketenangan fikiran sambil kekal aktif.
Perlindungan Sports PA merupakan perlindungan pertama seumpamanya yang ditawarkan dalam arena acara di Indonesia.
Proses tuntutan juga lancar:
1. Serahkan tuntutan terus kepada PT Asuransi Dayin Mitra (ADM) dengan dokumentasi yang diperlukan
2. Tuntutan disemak dan bayaran balik yang layak akan dibayar dengan segera.
Janet berkata, selain melindungi pengunjung acara tempatan, kerjasama dengan Ticket2U turut menggalakkan audiens antarabangsa untuk melancong ke Indonesia dan menghadiri acara dengan keyakinan lebih tinggi.
“Dengan menawarkan perlindungan yang melindungi daripada pembatalan atau gangguan saat akhir, kami memberikan ketenangan fikiran kepada pelancong untuk merancang perjalanan mereka tanpa perlu risau tentang halangan yang tidak dijangka.
“Usaha ini menggambarkan visi kami untuk menjadikan perlindungan sesuatu yang mudah dan relevan untuk gaya hidup yang terhubung dan mudah alih merentasi sempadan hari ini,” katanya.
Kerjasama antara Tune Protect dan Ticket2U akan terus diperluas ke pasaran Asia Tenggara yang lain, mengukuhkan visi bersama kedua-dua syarikat untuk menyediakan penyelesaian inovatif berfokuskan digital yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan membina keyakinan dalam penyertaan acara.
Untuk maklumat lanjut tentang Ticket Refund Protection dan Sports PA, lawati https://www.ticket2u.id/blog/291. - DagangNews.com








