Steel Hawk peroleh 8 subkontrak RM61 juta bagi kerja pemasangan kabel kuasa untuk TNB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Steel Hawk peroleh 8 subkontrak RM61 juta bagi kerja pemasangan kabel kuasa untuk TNB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Okt - Steel Hawk Berhad memperoleh lapan subkontrak bernilai keseluruhan RM61 juta bagi kabel kuasa voltan rendah daripada Sega Elektrik Sdn Bhd untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

 

Kumpulan itu berkata, kontrak yang diperoleh daripada syarikat utiliti elektrik nasional itu melibatkan kerja pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel kuasa bawah tanah serta atas tanah sehingga 415 volt, termasuk kerja sambungan, penamatan dan aksesori berkaitan.

 

"Projek tersebut dijadualkan bermula pada 23 Oktober 2025 dan akan berjalan sehingga 22 Oktober 2026, dengan pilihan untuk lanjutan tempoh selama setahun," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Kontrak-kontrak itu merupakan sebahagian daripada usaha terkini syarikat untuk mempelbagaikan operasi ke dalam sektor utiliti, pada ketika industri minyak dan gas menunjukkan tanda-tanda memasuki fasa perlahan.

 

Saham Steel Hawk, yang sebelum ini tertumpu kepada perkhidmatan penyelenggaraan dalam industri minyak, telah merosot lebih satu pertiga daripada nilainya setakat tahun ini, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah global susulan kebimbangan terhadap bekalan berlebihan dan permintaan lemah. - DagangNews.com