Shell mulakan pengeluaran minyak pertama daripada Fasa 4 projek perairan dalam Sabah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Shell mulakan pengeluaran minyak pertama daripada Fasa 4 projek perairan dalam Sabah

KUALA LUMPUR 7 Mac - Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC), anak syarikat Shell plc, telah memulakan pengeluaran minyak daripada Fasa 4 projek luar pesisir laut dalam Gumusut-Kakap-Geronggong-Jagus East (GKGJE).

 

Pengeluaran daripada Fasa 4 itu disalurkan ke sistem pengeluaran terapung separa tenggelam Gumusut-Kakap (GK-Semi FPS) sedia ada di perairan luar pantai Sabah di mana SSPC bertindak sebagai operator.

 

Pembangunan GKGJE Fasa 4 merangkumi sambungan dalam laut merentasi sempadan Malaysia - Brunei serta membabitkan penggerudian tiga telaga pengeluar dan satu telaga suntikan air.

 

Terletak pada kedalaman air 1,200 meter, Gumusut-Kakap merupakan projek air dalam pertama untuk Shell di Malaysia dan memulakan pengeluaran pada 2014.

 

Pencapaian itu menyokong strategi global Shell untuk membawa projek huluan baharu dalam talian, menyasarkan menambah 500,000 tong bersamaan minyak sehari pada pengeluaran puncak.

 

Projek GKGJE adalah usaha sama antara SSPC dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd, ConocoPhillips Sabah Ltd, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., PTTEP Sabah Oil Limited, PT PERTAMINA Malaysia Eksplorasi Produksi, Shell Exploration and Production Brunei, Canam Brunei Oil Ltd, Petronas Carigali Brunei Limited, dan Brunei Shell Petroleum.

 

SSPC mengendalikan dua aset pengeluaran minyak air dalam di Sabah – Gumusut-Kakap dan Malikai, yang masing-masing mula beroperasi pada tahun 2014 dan 2016. - DagangNews.com