Saham UCrest berpotensi naik 2 kali ganda didorong kemajuan pesat AI dan platform e-dagang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Saham UCrest berpotensi naik 2 kali ganda didorong kemajuan pesat AI dan platform e-dagang

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 12 NovUCrest Berhad melihat sahamnya berpotensi meningkat hampir dua kali ganda berikutan pelbagai kemajuan strategik yang diperoleh ketika ini, termasuk peningkatan hasil.


Syarikat perkhidmatan rumusan digital tempatan itu juga aktif melancarkan produk baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI), dan platform e-dagang iMedic yang memperluaskan capaian perniagaan.


Bagaimanapun, saham semasa diniagakan 11 hingga 13 kali pendapatan, lebih rendah berbanding rakan sejawat global seperti Doximity Inc dan Hims & Hers Health Inc yang antara 45 hingga 60 kali.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eg Kah Yee berkata, bagi FY25 berakhir 31 Mei 2025, UCrest mencatatkan peningkatan hasil 13.8% kepada RM18.12 juta, dan untung bersih meningkat 13% kepada RM4.73 juta. 


"FY25 merupakan tahun transformasi kepada kami dengan pelancaran banyak produk baharu dan jalinan kerjasama antarabangsa yang memperluaskan lagi capaian syarikat," katanya dalam satu kenyataan.


Antara inisiatif utama ialah pelancaran platform e-dagang iMedic, yang membolehkan klinik, farmasi dan penyedia perkhidmatan kesihatan menjual ubat serta produk kesihatan terus secara dalam talian.


Syarikat berkenaan tambah beliau, turut memperkenalkan iMedic Optics, rumusan AI bagi pengesanan penyakit mata seperti retinopati diabetik dan glaukoma kepada pelanggan ada masalah penglihatan.


UCrest juga jelasnya, berjaya menerima pengiktirafan 'Gold Tier 1' di bawah program HealthierSG kelolaan pemerintah Singapura bagi inisiatif penjagaan kesihatan secara pencegahan lebih awal. 


"Dengan pelaburan berterusan dalam AI dan rangkaian klinik e-dagang, kami menilai potensi kenaikan harga saham boleh hampir dua kali ganda daripada nilai semasa," katanya. - DagangNews.com