MAPEX Perak 2025 tawar lebih 6,000 unit kediaman termasuk Rumah Perakku pada harga RM90,000 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MAPEX Perak 2025 tawar lebih 6,000 unit kediaman termasuk Rumah Perakku pada harga RM90,000

MAPEX Perak 2025 menawarkan pelbagai jenis kediaman termasuk rumah mampu milik.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 31 Okt - Ekspo hartanah terbesar di negeri ini, Malaysia Property Expo (MAPEX) Perak 2025 menawarkan 6,200 unit kediaman dan komersial dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM3.2 bilion.

 

Tahun ini sebanyak 23 pemaju mengambil bahagian dengan 28 ruang pameran.

 

Selain pemaju tempatan, beberapa syarikat dari Kuala Lumpur turut mempamerkan projek mereka yang terletak di Genting Highlands dan Pulau Pinang.

 

 

 

 

 

 

 

Pengerusi penganjur MAPEX Perak 2025, May Ang Chan Moy berkata, ini menandakan reputasi MAPEX Perak yang semakin berkembang sebagai pameran hartanah serantau.

 

Perak

 

Perak

 

Menurut beliau, penyertaan pemaju ini mencerminkan keyakinan berterusan terhadap potensi pasaran perumahan di Perak serta peranan MAPEX sebagai platform penting yang menghubungkan pemaju, institusi kewangan dan pembeli rumah.

 

“Lebih menarik, pelbagai jenis hartanah ditawarkan untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat daripada rumah teres dan rumah satu tingkat mampu milik, sehinggalah kepada kediaman separa berkembar pertengahan serta banglo mewah bernilai lebih RM1 juta.

 

“Kebanyakan projek tertumpu di sekitar Ipoh dan kawasan pinggirannya seperti Meru, Klebang, Botani, Tambun, Pengkalan dan Chemor yang kini sedang pesat membangun dengan kemunculan bandar baharu dan komuniti gaya hidup moden” ujarnya.

 

MAPEX Perak 2025 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di pusat beli-belah Ipoh Parade dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

 

Ekspo kali ini turut disertai oleh dua institusi perbankan utama yang menawarkan khidmat nasihat pembiayaan, bantuan prakelulusan serta pakej pinjaman perumahan eksklusif.

 

Perak

 

Perak
Contoh Rumah Perakku jenis kos rendah yang ditawarkan LPHP kepada rakyat Perak yang berkelayakan.

 

Jelas Chan Moy, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut membuka ruang khas Rumah Perakku yang mempromosikan inisiatif kerajaan negeri untuk kumpulan B40 dan M40 melalui tiga skim utama.

 

Katanya, tiga skim Rumah Perakku ditawarkan LPHP iaitu kediaman kos rendah, kos sederhana dan mampu milik pada julat harga antara RM90,000 hingga RM250,000.

 

 

 

 

 

 

“Pengunjung boleh memohon terus di tapak pameran melalui imbasan kod QR, menjadikan MAPEX Perak 2025 platform mudah untuk meneroka peluang pemilikan rumah mampu milik di negeri ini.

 

 

Perak

 

“MAPEX Perak 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan positif sektor hartanah negeri,” ujarnya.

 

Dengan pelbagai pilihan projek dan tawaran pembiayaan menarik, ekspo ini dilihat sebagai langkah penting dalam merancakkan semula pasaran perumahan Perak serta membuka peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah impian mereka sendiri. - DagangNews.com