KPJ Healthcare lancar kempen pemeriksaan kesihatan, tawaran 'Bayar 1 Dapat 2' | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPJ Healthcare lancar kempen pemeriksaan kesihatan, tawaran 'Bayar 1 Dapat 2'

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 16 Okt – KPJ Healthcare Berhad melancarkan kempen hujung tahun bertemakan Stay Healthy Together yang memperkenalkan pakej pemeriksaan kesihatan komprehensif Bayar 1 Dapat 2. 

 

Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2025 dan ditawarkan di semua 30 Hospital Pakar KPJ di seluruh Malaysia.

 

KPJ Healthcare dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu bertujuan menyokong fokus negara terhadap pencegahan dalam penjagaan kesihatan dengan menggalakkan individu mengambil langkah proaktif bagi memantau tahap kesihatan mereka. 

 

“Menerusi tawaran Bayar 1 Dapat 2, pelanggan yang membeli satu pakej pemeriksaan kesihatan akan menerima satu lagi pakej secara percuma. 

 

“Pakej percuma ini boleh dikongsi bersama rakan atau ahli keluarga, sekali gus memupuk tanggungjawab bersama dalam menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala,” kata kenyataan itu.

 

Pemeriksaan kesihatan merupakan salah satu kaedah paling berkesan untuk mengenal pasti risiko kesihatan pada peringkat awal.

 

Penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh diurus dengan lebih baik melalui pengesanan awal serta nasihat pakar perubatan yang tepat pada masanya. 

 

KPJ Healthcare berkata, inisiatif tersebut mencerminkan usaha berterusannya dalam menjadikan penjagaan pencegahan sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan kesihatan harian, selain memastikan pemeriksaan kesihatan kekal mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

 

t

 

Dengan rangkaian hospitalnya di seluruh negara, KPJ Healthcare terus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pemantauan kesihatan secara berkala. 

 

“Setiap pemeriksaan dijalankan menggunakan kemudahan diagnostik moden serta dikendalikan oleh pakar perubatan berpengalaman bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan.

 

“Menerusi matlamat Care for Life dan transformasi di bawah KPJ Health System, KPJ Healthcare terus memperkukuh akses kepada penjagaan berkualiti serta meningkatkan hasil kesihatan pesakit di seluruh Malaysia. 

 

“Perkhidmatan pemeriksaan komprehensif kini tersedia di rangkaian hospital pakar KPJ menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah untuk semua rakyat Malaysia.

 

“Temujanji boleh dibuat melalui WhatsApp atau secara terus dengan mana-mana Hospital Pakar KPJ manakala kemasukan secara ‘walk-in’ tertakluk kepada kekosongan dan pelanggan digalakkan membuat tempahan awal,” katanya.

 

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Medical Concierge Team di WhatsApp +6019-324 3208 atau di https://www.kpjhealth.com.my/kpjmegahealthdeals.

 

KPJ Healthcare mengendalikan 30 hospital di seluruh negara serta empat Pusat Jagaan Ambulatori di Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Selangor. 

 

Dengan lebih 1,647 perunding perubatan, KPJ merawat lebih 3.3 juta pesakit setiap tahun. 19 hospital KPJ diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia manakala empat hospital lain diakreditasi oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa. - DagangNews.com