Ho Kong Soon letak jawatan Pengarah Urusan Matrix Concepts mulai 1 April 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ho Kong Soon letak jawatan Pengarah Urusan Matrix Concepts mulai 1 April 2025

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 27 Mac - Ho Kong Soo meletak jawatannya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad berkuat kuasa pada 1 April 2025.
 

Pemaju hartanah tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, beliau meletak jawatan untuk meneruskan urusan peribadinya sendiri.
 

Kong Soon, 58, yang berpengalaman luas selama 27 tahun dalam syarikat tersebut, mula menyertai Matrix Concepts sebagai Pengarah dan Pengurus Besar pada 1997.
 

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Urusan kumpulan pada 2012 sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan kumpulan itu pada 1 September 2018.
 

Pada Februari, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah mengekalkan trend jualan positif pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2024, dengan memperoleh RM354.3 juta dalam jualan hartanah baharu.
 

Angka ini mewakili peningkatan sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun, disebabkan oleh permintaan yang berdaya tahan untuk pembangunan hartanah premium mampu milik kumpulan itu. - DagangNews.com