FWD Takaful dinobatkan “Saluran Pengedaran Langsung" terbaik di malam anugerah industri | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

FWD Takaful dinobatkan “Saluran Pengedaran Langsung" terbaik di malam anugerah industri

Ketua Bahagian Perdagangan Digital, Marcus, Tjon Tsin Kim bersama ahli kumpulan.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 29 Mei — FWD Takaful Berhad menerima anugerah “Saluran Pengedaran Langsung Terbaik – Takaful Keluarga” pada Anugerah Bintang Takaful (TSA 2026) anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

 

Anugerah itu mengiktiraf usaha transformasi melalui pelan FWD i-Lindung, model pengedaran hibrid dari luar talian ke dalam talian (O2O) yang menjadikan perlindungan takaful digital lebih inklusif.

 

Inovasi ini membawa kepada penerimaan yang luar biasa, menyumbang 60% bahagian pasaran untuk pelan i-Lindung, sebuah platform layan diri nasional yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan.

 

FWD i-Lindung menawarkan dua pelan, Pelan Takaful Tempoh FWD i-Lindung dan Pelan Penyakit Kritikal FWD i-Lindung, kedua-duanya menyediakan perlindungan takaful untuk manfaat kematian dan hilang upaya penuh dan kekal serta penyakit kritikal peringkat awal hingga akhir.

 

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla berkata, saluran digital merupakan penyumbang minimum dalam keseluruhan tawaran rumusan takaful di industri.

 

"Pendekatan kami tertumpu kepada menjadikan digital mudah diakses dan mengubah proses kompleks menjadi pengalaman yang memberi keyakinan kepada pengguna harian.

 

"Hasilnya ialah sebuah model yang lebih inklusif dan lebih dekat dengan ribuan rakyat Malaysia, mengurangkan intimidasi digital, dan menutup jurang perlindungan kewangan dalam komuniti yang paling memerlukan,” kata beliau.

 

TSA 2026 mengiktiraf prestasi cemerlang dalam kalangan pengendali Takaful, ejen, dan pemimpin industri. FWD Takaful juga menerima pengiktirafan lain di malam anugerah berprestij tersebut iaitu Tempat Pertama (Palanisamy a/l Krishnan) bagi kategori Agensi Korporat Perniagaan Kumpulan – Perniagaan Kumpulan Takaful Keluarga, Tempat Pertama (Ching Yuen Hui) dan Tempat Kedua (Katherine Yong Yee Hwa) bagi kategori Produser Banka Takaful (Kakitangan Pemasaran Bank) – Banka Takaful dan Tempat Kedua (Jaffri bin Osman) bagi kategori Ejen Baru – Perniagaan Individu Takaful Keluarga.

 

Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen FWD Takaful dalam mengubah pandangan orang ramai tentang takaful melalui kesedaran dan rumusan Takaful yang membina masa depan lebih selamat. - DagangNews.com