Tabung Haji umum agihan keuntungan pada awal suku kedua 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tabung Haji umum agihan keuntungan pada awal suku kedua 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Mac - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini setelah kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan. 

 

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.

 

"Keputusan ini mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklum balas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara," katanya.

 

Tambah kenyataan itu, TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu haji. - DagangNews.com